Dr Wan Azizah yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata penetapan kadar yuran itu telah dipersetujui secara rasmi dalam mesyuarat parti sebelum ini.
Kira-kira 200 tetamu hadir pada majlis itu yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Pengerusi IDE Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil dan Timbalan Pengerusinya Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai yuran pemilihan PKR 2018 bagi jawatan presiden dan timbalan presiden yang masing-masing dikatakan sebanyak RM25,000 dan RM20,000 manakala bagi jawatan naib presiden yuran yang dikenakan RM10,000 dan anggota majlis pimpinan pusat sebanyak RM5,000.
Sementara di peringkat sayap pusat, jawatan ketua dikenakan yuran RM10,000, timbalan ketua (RM7,000), naib ketua (RM5,000) dan jawatan ahli majlis pimpinan sebanyak RM3,000.
-- BERNAMA