Get $25 free
loading...

TERKINI: Rumah Jho Low pula diserbu SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan serbuan ke atas kediaman Low Taek Jho atau Jho Low pada Khamis.

Sumber memberitahu The Star, sebuah pasukan daripada SPRM dikesan berada di unit pangsapuri yang diservis milik Jho Low yang terletak di Kuala Lumpur.

Difahamkan, terdapat individu yang memberikan maklumat kepada pihak SPRM mengenai kediaman berkenaan.

Seorang lagi sumber berkata, tiada perkara yang penting ditemukan di rumah terbabit.

Previous
Next Post »
loading...