Get $25 free
loading...

[CINA MACAM INI KITA MAHU] YB BAKRI, Yeo Bee Yin generasi Pelapis DAP yang lebih terbuka dan tidak terlalu chauvinistic




SILA PERHATI BAKAL MENTERI INI...
Kalau benar bagai dikata, anak pekerja estet dan juga Ahli Parlimen Bakri, YB Yeo Bee Yin dijangka akan mengisi jawatan Menteri Sains Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (nama baru) dalam kabinet baru tak lama lagi.
Mungkin ramai yang tak mengenalinya, tetapi aku secara peribadi mula mengikuti perkembangan wakil rakyat berusia 35 tahun ini sejak dia jadi ADUN Damansara (antara yang termuda) pada PRU sebelum ini.
Untuk pengetahuan korang, dia yang fasih berbahasa Melayu adalah graduan Ijazah Kejuruteraan Kimia dari Universiti Teknologi Petronas dan Masters in Philosophy in Advanced Chemical Engineering dari University of Cambridge, pergh!
Masa PRU sebelum ini, dia menang majoriti paling besar di negeri Selangor dan di Parlimen Bakri yang majoritinya orang Melayu pun dia menang besar.
Memang dia dari DAP tetapi aku melihat dia mewakili generasi baru dalam DAP yang lebih terbuka dan tidak terlalu chauvinistic. Malah dia antara wakil rakyat pembangkang yang menyokong program PERMATA yang diilhamkan oleh Datin Seri Rosmah, wow.
Orangnya cantik, lemah lembut dan cepat mesra baik dengan pengundi bandar seperti di Damansara mahupun pengundi luar bandar seperti di kampung-kampung dalam Parlimen Bakri.
Kita kena bagi peluang pada anak muda seperti Yeo untuk menyumbang pula keringatnya pada negara. Tak perlulah asyik kondem je semua. Bak kata A.R Tompel dalam filem Anak Bapa, kalau kita asyik bangkang, bangkang, bangkang je...bila masalah nak selesai daaaaaa!!!
Kalau confirm YB Yeo dilantik Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Isnin ini - abam orang pertama nak ucap tahniah dan selamat bertugas untuk kita semua rakyat Malaysia.
Ini baru 'beauty with brain' bai.

Oleh:

Previous
Next Post »
loading...