Get $25 free
loading...

[MAKIN DITEGUR MAKIN BIADAP] Kenyataan Menteri Kewangan akan terus dikeluarkan dalam bahasa Mandarin, Inggeris

KUALA LUMPUR 25 Jun - Kenyataan Menteri Kewangan selepas ini akan terus dikeluarkan dalam bahasa Mandarin dan Inggeris apabila perlu walaupun dikritik pelbagai pihak.
Menyifatkan mereka yang membuat kritikan itu sebagai rasis, Lim Guan Eng berkata, beliau tidak akan tunduk kepada desakan tersebut.
"Kenyataan Menteri Kewangan akan terus dikeluarkan dalam bahasa Mandarin dan Inggeris.
"Malaysia baru merupakan sebuah negara yang inklusif, saling menghormati dan pelbagai. Pada saat kita memelihara kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, kita juga perlu menguasai bahasa lain bagi meningkatkan kebolehsaingan kita," katanya menerusi kenyataan dalam bahasa Mandarin di Facebook beliau, semalam. - UTUSAN ONLINE

Previous
Next Post »
loading...