Get $25 free
loading...

(BAHAGI 'HARTA RAMPASAN PERANG' PD KAUM KETURUNAN) 1,000 Tempat tambahan pelajar Cina di Kolej Matrikulasi

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan tambahan 1,000 tawaran khas untuk pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukan Bumiputera berbangsa Cina daripada golongan B40 ke Kolej Matrikulasi kementerian bagi sesi 2018/2019.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet pada 30 Mei lalu.
Beliau berkata, tawaran tambahan itu tidak menjejaskan kuota untuk pelajar Bumiputera di kolej berkenaan.
"Kuota tambahan berkenaan sudah pun hampir dipenuhi dengan lebih 800 pelajar sudah pun ditawarkan tempat.
"Pakatan Harapan akan cuba membantu pelajar yang layak berdasarkan kecemerlangan dan tahap sosioekonomi mereka sedaya yang mungkin sama ada Bumiputera atau bukan Bumiputera," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan adalah program prauniversiti untuk pelajar Bumiputera melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, matematik dan profesional.
Bagaimanapun, sejak 2003, program itu membuka ruang 10 peratus kepada pelajar bukan Bumiputera bagi mewujudkan persaingan sihat dan memantapkan integrasi nasional serta perpaduan kaum.
Maszlee berkata, bagi sesi ini, sebanyak 84,891 permohonan ke Kolej Matrikulasi diterima kementerian termasuk 20,040 permohonan daripada bukan Bumiputera.
Beliau berkata daripada jumlah pelajar bukan Bumiputera itu, sebanyak 4,068 diterima masuk.
Mengenai kuota tambahan untuk kaum India, Maszlee berkata, penambahan pengambilan untuk 700 pelajar India ke Kolej Matrikulasi sudah pun diumumkan pada April lalu bermula sesi pengajian tahun ini.
Previous
Next Post »
loading...