Get $25 free
loading...

Ramai kritik projek kereta baru, ini jawapan bernas Dr Mahathir


Ramai kritik projek kereta baru, ini jawapan bernas Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, projek kereta nasional baharu akan membantu meningkatkan keupayaan kejuruteraan Malaysia. Menurut Perdana Menteri, ketika beliau mula melaksanakan projek kereta Proton pada tahun 1980-an, Malaysia tidak mempunyai pengetahuan langsung mengenai cara membuat kereta tetapi secara beransur-ansur memperoleh pengetahuan untuk mereka bentuk, membuat dan mengeluarkan kereta secara besar-besaran selama lebih daripada dua dekad. "Malangnya Proton telah dijual kepada orang China yang telah diberi hak untuk menguruskan Proton, jadi Malaysia sekarang tidak memanfaatkan kemahiran terbabit,"
Dr Mahathir, yang pertama kali mendedahkan rancangan untuk inisiatif nasional baharu untuk Malaysia di Persidangan Nikkei di sini semalam berkata, terdapat keperluan untuk mewujudkan peluang bagi jurutera Malaysia melakukan sesuatu dengan sendiri di Malaysia.

Lagipun dengan kewujudan kilang kereta yang baru kelak, dapat membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan, sekaligus dapat meningkatkan sosio ekonomi rakyat.

Apa kata rakyat tentang cadangan tun m ini :

Prem kumar berkata, beliau menyokong hasrat tun m tersebut.

Azdin ahmad pula berkata, go Tun utk membangunkan @ melahirkan kepakaran anak Malaysia dlm industri AUTOMOTIF saya Sokong utk masa depan ANAK2 MALAYSIA.

Ezuwan Ezuwan, org buat benda baik korg kritik..yg gadaikn proton tu korg xmarah pulak

Dan banyak lagi komen komen positif daripada rakyat.

Kenapa kita menidakkan atas nama pembangunan negara. Idea baik harus disokong untuk generasi yang akandatang juga.

Sekian.
Sila tonton video:




lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...