Get $25 free
loading...

MAS didakwa bagi pengecualian caj bagasi RM17,000 kepada Najib Razak

Paparan skrin pengecualian caj bagasi yang didakwa diberikan kepada Najib.

Dakwaan berhubung tindakan Malaysia Airlines (MAS) mengecualikan caj bagasi sebanyak RM17,000 ke atas bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya yang terbang ke Langkawi baru-baru ini mula dipersoalkan.

Paparan skrin yang menunjukkan pengecualian itu tular di internet dan dipercayai diperoleh daripada sistem tiket syarikat penerbangan tersebut.

Ia menunjukkan caj sebanyak RM17,071.85 dikecualikan daripada head of pool di bawah nama "MOHDNAJIB Hjabrazak Dato" bagi penerbangan MH1450 pada 16 Jun.

MAS akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.
Previous
Next Post »
loading...