Perut lapar, nak makan masakan panas tapi kebanyakan kedai makan masih cuti panjang. Al-maklumlah, musim raya. Setahun sekali tokey nak berehat panjang kan. Kita sebagai pelanggan ni, mampu redha je. Hahaha.
Nak dijadikan cerita, kelmarin tergerak hati aku nak cuba makan di sebuah restoran baru ni. Restoran yang bermenukan boat noodle, ala kedai jenis makan dalam mangkuk-mangkuk kecil tu. Cuma namanya berlainan, Aroi Thai.
Menariknya disini, majoriti menu-menu yang ada berharga RM1.90 semangkuk. Namun ada juga beberapa menu special yang berharga RM3.90. Eh.. bukan menu special je, menu air pun RM3.90.
Personally, bagi aku harga tang makan tu memang dah murah kat sini, cuma kalau tanya pasal harga air.. sedikit mahal. Tapi.. why bother. Tokey nak cover kos makan la tu. So, kita sebagai pelanggan kalau nak save duit, kena bijak sikit bila datang sini. Takyah minum banyak-banyak kalau tak nak bayar lebih. Keh keh keh.
Makan kat sini sama juga macam kat kedai-kedai boat noodle yang lain, bergantung kepada tahap kelaparan korang.. Nak order seberapa banyak yang korang nak pun boleh. Tulis je atas kertas order. Tapi dinasihatkan, kalau first time datang.. order seminima yang mungkin dulu. Takut la bila dah makan, rasa tak kena dengan selera kan. Takde la membazir nanti.
Dan berdasarkan pengalaman aku, masa kitorang satu family pergi makan kelmarin.. order pertama dalam 7 mangkuk. Kemudian diikuti order kedua 8 mangkuk. So, in the end.. 15 mangkuk untuk 4 orang makan termasuk Haziq, yang mana dalam 15 mangkuk keseluruhannya ada menu kepak ayam goreng, popia goreng, chicken glass noodle, beef glass noodle, tom yum glass noodle dan pulut mangga.
Menu nasi? Tak minat sebab ada kawan kata tak berapa sedap dan kitorang sendiri pun malas nak cuba. Air pula? Kitorang cuma order 3 jenis air. Teh thailand, coca-cola dan air mineral.
Well, selepas melepak menjamu selera di Aroi Thai lebih kurang 30 minit satu je yang aku nak puji, iaitu kepantasan diorang menyediakan makanan memang superb. Makna kata, bila makan kat sini korang tak perlu tunggu setengah jam ke apa, tapi lepas je ambil order.. 3-4 minit makanan dah sampai ke meja untuk dihidangkan.
Dari segi keenakan?
Pendek kata.. Awesome untuk menu-menu mee yang aku makan. Especially mee tomyam tu. Rasa masam manis pedasnya memang cukup. Menepati citarasa aku eventhough semangkuk tu dalam 3-4 kali suap je boleh habis. Tapi serius weh.. bila teringat balik boleh kecur air liur. Tak kisah lah tahap pedas kuah tomyam tu sampai boleh buat mata korang berair. Hahaha.
So, untuk makan-makan kelmarin di Aroi Thai.. untuk 15 mangkuk dan juga 3 jenis air. Total damage yang terpaksa aku bayar adalah RM42.20. Bagi aku, okay dah tu. Bil jadi nampak banyak sebab air tu je mahal sikit. Tapi, jujurnya makan kat sini sedap dan mengenyangkan. Korang tak caya? Sila pergi cuba sendiri. Ini testimoni tidak berbayar. Ikhlas dari perut.
p.s: Aku pergi ni Aroi Thai dekat Bangi. Katanya ada jugak kat tempat lain, macam Putrajaya dll. Nak tahu detail, korang google sendiri je la. Hee.