Get $25 free
loading...

Bonus RM1,000 untuk penjawat awam Pulau Pinang

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata pembayaran bonus itu akan dibuat Rabu depan bagi meringankan beban penjawat awam untuk membuat persiapan meraikan Aidilfitri.

Chow Kon Yeow berkata, pemberian bonus itu melibatkan peruntukan sebanyak RM3.6 juta. (Gambar Bernama)

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada 3,600 penjawat awam negeri.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata pembayaran bonus itu akan dibuat Rabu depan bagi meringankan beban penjawat awam untuk membuat persiapan menyambut lebaran yang bakal diraikan minggu depan.

“Pemberian bonus ini akan melibatkan RM3.6 juta dan semoga bantuan khas ini dapat membantu dalam persiapan perayaan kali ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam di sini, hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Law Choo Kiang, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus dan semua barisan exco negeri.

Beliau turut berterima kasih kepada semua penjawat awam negeri atas kerjasama dan kepercayaan yang diberikan kepada barisan kepimpinan kerajaan negeri baharu.

“Saya dan barisan kepimpinan kerajaan negeri turut mengharapkan jalinan kerjasama serupa, malahan lebih baik lagi dapat diberikan penjawat awam negeri demi memastikan kita terus menjadi sebuah negeri terbaik dari segi pembangunan dan infrastruktur, namun masih selesa dan selamat untuk didiami.”

Mengenai pemansuhan tol Jambatan Pulau Pinang, Chow berkata, pemansuhan tol di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.

Beliau berkata, kerajaan negeri dalam usaha menunaikan janji dalam manifesto pilihan raya Pulau Pinang.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...