Tidak mengiyakan juga tidak menafikan, tetapi kontroversi Fattah Amin dan Fazura bakal bertunang pada 13 November ini terus bertebaran. Bagi empunya badan, Fattah akui suka berikan kejutan sama seperti insiden romantis beri bunga kepada Fazura di depan semua orang tempoh hari.
Bagaimanapun pasangan itu menyedari kontroversi tersebut dan meminta peminat terus mendoakan yang baik-baik untuk hubungan mereka. Katanya lagi, jika ada berita baik akan disampaikan kelak, beliau tidak kisah untuk berkongsikan kepada umum mengenainya.
“Jika ada berita baik kami akan beritahu dan tidak akan mengenepikan wartawan yang banyak menyokong kami. Doa yang baik-baik kita Aminkan kerana tiada yang tidak elok selain doa-doa yang baik buat kami,” jelasnya kepada m Star Onlineberhubung perkara itu.
Terdahulu, Fattah dan Fazura hadir memakai sedondon ketika majlis tayangan berjudul Wanita Terindah yang diadakan di GSC Pavilion semalam. Malah terdapat juga sekeping gambar yang cukup romantis menunjukkan Fazura erat memegang tangan (berlapik) Fatah ketika majlis itu.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini