Pada tahun ini, seorang wanita bernama Liu Miaomiao dinobatkan sebagai pramugari tercantik di dunia dalam satu pertandingan yang dianjurkan World Air Stewardess Association (WASA).
Dia yang berasal dari Xi’an, ibu kota wilayah Shaanxi di tengah China itu merupakan pramugari syarikat penerbangan Shenzhen Airlines sejak enam tahun lalu.
Selain itu, seperti bakal-bakal atendan pesawat udara yang lain, Liu terpaksa menjalani latihan orientasi dengan ujian yang ketat selama tiga bulan sebelum layak bergelar sebagai pramugari.
Antara cabaran yang pernah dilalui, Liu dikehendaki mengimbangi mangkuk di atas kepada untuk membentuk postur badan sempurna dan menggigit penyepit kayu untuk mengamalkan senyuman sempurna.
Selepas empat tahun bergelar pramugari, Liu mendapat berita gembira apabila dinaikkan pangkat kepada ketua atendan pada tahun 2014.
Apabila mengimbas kembali pengalaman yang dilaluinya, Liu memberitahu dia pernah berhadapan dengan penumpang yang mengamuk gara-gara penerbangan dari Beijing terpaksa ditangguhkan.
Walau bagaimanapun, Liu menenangkan mereka dengan senyuman. Apa yang membuatkan dia tidak sangka dan gembira, beberapa penumpang yang marah tersebut kemudian memohon maaf pada akhir penerbangan.
Dalam pada itu, Liu akui kerjayanya membuatkan dia berasa bangga dan dia mahu memberi inspirasi kepada anak muda untuk menjadi atendan penerbangan apabila mereka besar nanti.
-pru14.tv-
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini