Get $25 free
loading...

Najib Berjaya Selesaikan Banyak Masalah Anak Muda – Khairy Jamaluddin

Pergerakan Pemuda UMNO mengakui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO sudah banyak menyelesaikan masalah anak muda khususnya dalam membantu anak muda berdepan dengan rintangan kos sara hidup di negara ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 hari ini berkata ia berikutan cadangan yang dibawakan oleh pergerakan itu kepada pengetahuan Najib setiap tahun pantas diselesaikan oleh beliau selepas lapan tahun beliau mengetuai sayap UMNO itu.

“Pada tahun pertama, Pemuda UMNO pada waktu itu antara yang paling ke depan minta pembelaan untuk golongan pekerja dilaksanakan, gaji minimum Datuk Seri laksanakan sebagai Perdana Menteri.

“Bila mana kita minta supaya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dipinda supaya adik-adik mahasiswa tempatan boleh bersama dengan kita dalam PAU, Datuk Seri melaksanakan dan telah meminda AUKU.

“Tahun lepas, apabila kami melihat kehimpitan kos sara hidup dan sebagainya kita bercakap tentang kenaikan tol, minta tidak ada lagi kenaikan, minta bagi diskaun kepada anak muda menggunakan pengangkutan awam, sekali lagi Datuk Seri telak melaksanakan apa yang kita telah minta untuk rakyat dan orang muda,” katanya.

Beliau mengakui segala cadangan yang datang dari kumpulan ahli akar umbi telah pun menjadi realiti di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.

“Segala-gala cadangan yang datang daripada akar umbi hari ini menjadi realiti di bawah Perdana Menteri kta,” tegas Khairy.

Menurut beliau, segala permintaan yang diajukan kepada Najib bukan untuk kepentingan peribadi para ahli politik sebaliknya ia adalah semata-mata untuk rakyat.

Khairy turut menyentuh wawasan yang diilhamkan oleh Najib untuk tempoh ke depan selepas tahun 2020 iaitu TN50 dalam ucapannya dan menyifatkannya sebagai satu wawasan berdasarkan aspirasi rakyat berbeza dengan Wawasan 2020 ilham bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya tuan tuan puan puan adalah generasi Wawasan 2020, pada tahun 1991 apabila Tun Dr Mahathir pada waktu itu melancarkan Wawasan 2020, tak pernah ditanya kepada rakyat apakah pandangan rakyat, apakah aspirasi rakyat dan waktu itu adalah satu visi ‘top down’.

“Tetapi hari ini apabila henda memikirkan ufuk 30 tahun, akan datang tidak datang daripada atas ke bawah.. Tetapi arahan Presiden (Najib) kepada saya pergi dengar rakyat dulu, tanya anak muda yang ada di luar sana, bukan hanya ahli UMNO, tetapi keseluruhan anak muda apakah aspirasi mereka untuk tahun 2050,” kata Khairy.

Khairy berucap penggulungan perbahasan PAU 2016 selepas Ketua Pergerakan Puteri UMNO selesai berucap penggulungannya pada hari terakhir perhimpunan hari ini.

Hari ini juga, Najib dijangka menyampaikan ucapan penangguhan PAU2016 selepas selesai penggulungan pemimpin-pemimpin sayap parti. – pru14.tv

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...