Get $25 free
loading...

UMNO Kedah Akan Terus Bergerak Ke Depan Tanpa Menoleh Ke Belakang Lagi

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Abu Hanipah berkata negeri Kedah tidak lagi akan menoleh ke belakang apatah lagi untuk bernostalgia dengan kisah lama untuk memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pada masa sama, beliau yang juga Menteri Besar Kedah turut mengambil pendekatan untuk tidak memandang mudah kehadiran parti baru termasuklah parti serpihan dan akan terus melipatgandakan lagi pelbagai usaha dan cara untuk memastikan undi banyak berpihak kepada BN.

“Dengan melihat kepada ucapan dasar presiden semalam, kita akan terus bersemangat dan percaya rakyat Kedah bijak membuat pilihan dan mereka pernah berada di bawah teraju parti pembangkang. Saya percaya mereka tidak mahu lagi melalui seperti mana sebelum ni.

“Yang penting jentera parti kena turun ke bawah dan pastikan sentuhan secara personal mesti dipertingkatkan. Jadi kita akan terus bergerak ke depan dengan pelbagai program yang telah diatur,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam temubual khas bersama umno-online.my sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, hari ini.

Pada masa yang sama beliau turut berharap gerakan untuk mengenalpasti pengundi diperhebatkan dan percaya sayap-sayap parti juga bersedia sepenuhnya untuk turun gelanggang dalam usaha melipatgandakan lagi apa yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Kedah merupakan satu negeri yang turut merasa tempias kerana konflik bekas Menteri Besar mereka Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang digantikan oleh Ahmad Bashah.

Mukhriz kemudian mengumumkan keluar dari UMNO dan kini merupakan Timbalan Presiden PPBM parti serpihan UMNO yang ditubuhkan oleh bekas Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. – pru14.tv

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...