Get $25 free
loading...

#PAU2016 Orang Ramai Sokong Bantah Kekejaman Ke Atas Etnik Rohingya

Pelbagai pihak menunjukkan sokongan kepada bantahan ke atas kekejaman kerajaan Myanmar ke atas etnik Rohingya, di Rakhine yang dibuat di dalam Pameran Kartun dan Komik Wasatiyyah dan Perjuangan yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pameran berkenaan diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 yang bermula sejak 29 November lepas sehingga esok.

Orang ramai yang lalu lalang dan singgah di booth Institut Wasatiyyah Malaysia di Aras 3, PWTC dan memegang lukisan kartun bantahan kekejaman ke atas etnik itu yang sudah berlarutan sebegitu lama.

Mereka kemudian bergambar dengan lukisan berkenaan yang kemudian dimuat naik ke media sosial sebagai solidariti kepada etnik beragama Islam berkenaan yang terus dizalimi kerana mereka tidak diiktiraf sebagai warganegara Myanmar.

Sebelum ini, UMNO mengutuk keras kekejaman ke atas etnik berkenaan dan mendesak satu tindakan antarabangsa diambil segera bagi menamatkan penderitaan penduduk Islam.

Kutukan itu disampaikan oleh Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata perbuatan kejam dan pembunuhan ke atas masyarakat Rohingya di utara Rakhine itu semakin membimbangkan, bukan sahaja tidak berperikemanusiaan tetapi juga tidak bertamadun.

Annuar berkata sikap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga mengecewakan kerana tidak berusaha mengatasi isu berkenaan yang wajar diberi perhatian serius oleh masyarakat antarabangsa.

“PBB perlu aturkan gencatan senjata serta-merta dan menghantar pasukan pengaman ke Myanmar supaya keganasan ke atas penduduk Rohingya dihentikan segera,” katanya dalam satu kenyataan sebelum ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh, berkata UMNO menerusi sayap Pemuda UMNO telah menghantar memorandum kepada Kedutaan Myanmar di Malaysia untuk membantah kekejaman itu.

Annuar turut hairan kenapa pemimpin Myanmar seolah-olah menutup mata membiarkan kekejaman ke atas orang Islam berkenaan terus berlarutan. – pru14.tv

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...