Wakil Negeri Sembilan, Mustapha Nagoor mengariskan tiga perkara yang perlu dilakukan dalam memastikan UMNO menang bergaya dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) nanti ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Beliau mengesa agar para pengundi terutamanya pengundi luar dan pengundi felda diberi pembelaan yang sewajarnya. UMNO juga perlu menyemak semula janji-janji yang lalu dengan memberi penjelasan berkenaan janji yang belum sempat dilaksanakan.
Selain daripada itu juga, para pemimpin perlu berhati-hati dalam melontarkan kata-kata memandangkan pihak musuh sentiasa menunggu masa untuk memutarbelitkan kenyataan pemimpin UMNO untuk memberi keuntungan politik kepada pembangkang pimpinan DAP.
“Jangan biarkan diri menjadi sumber ejekan dan sindiran lantaran kurang cermat berdepan provokasi. Nak beri kenyataan, tak kiralah pemimpin tertinggi atau menteri, kenalah hati-hati.
Cadangan Mustapha Nagoor agar kepimpinan tertinggi UMNO tidak menyimpan ahli atau pemimpin yang merosakkan imej parti serta menjadi liabiliti kepada parti sehingga membuatkan rakyat mula membenci UMNO mendapat perhatian dari ramai pihak.
Pemimpin UMNO perlu berani mengambil tindakan daripada terus membiarkan ahli atau pemimpin berkenaan bertindak memburukkan imej parti kerana risikonya terlalu tinggi.
“Kalau ada individu yang sudah menjadi liabiliti kerana rosakkan parti atau kerananya rakyat mula membenci, jangan disimpan lagi kerana risikonya cukup tinggi.
“Pimpinan tertinggi perlu ambil tindakan berani supaya tidak jadi seperti peribahasa Melayu, jangan sampai dah terperosok baru hendak membaiki lantai,” katanya sambil disahut sorakan perwakilan.
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini