Get $25 free
loading...

PH DIKUASAI Puak Liberal: Penghalang Pelajar Solat Jemaah dilantik Penasihat Pendidikan

1. PELANTIKAN Datin Noor Azimah sebagai Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan menimbulkan kebimbangan oleh sebahagian pihak. Ini adalah kerana, pada Disember 2017 yang lalu, Datin Noor Azimah dikatakan pernah mengkritik dan memberikan amaran kepada PPD Kuantan kerana mewajibkan program solat Jemaah.
2. Sedangkan solat jemaah adalah medium yang diterapkan oleh Rasulullah ﷺ sebagai salah satu proses pembangunan jiwa anak-anak muda. Ini dapat diperhatikan daripada beberapa hadith dibawah. Antaranya adalah:
3. Al-Imam Abd Razzaq menukilkan satu kisah dari sahabat Nabi ﷺ yang pernah menyertai perang Badar. Beliau menyebutkan dialog sahabat ini bersama dengan anaknya iaitu:
قال لابنه: أدركت الصلاة معنا؟ قال : نعم ، قال: أدركت التكبيرة الأولى؟ قال: لا. قال: لما فاتك منها خير من مائة ناقة كلها سود العين. والله أعلم.
“Apakah engkau sempat solat berjemaah bersama kami? Anak muda itu menjawab: Ya. Ayahnya bertanya lagi: Apakah engkau sempat mendapat takbir yang pertama? Anak mudanya menjawab: Tidak sempat. Ayahnya berkata: Sesungguhnya engkau telah terlepas satu kebaikan yang lebih baik dari seratus ekor unta!
Nah! Lihatlah bagaimana genarasi sahabat mendidik anak tentang solat berjemaah. Bukan sahaja solat berjemaah, malah sahabat ini menekankan akan pentingnya dapat bersama dengan Imam dalam takbir yang pertama.
4. Menurut Ubai ibn Ka’b pula, Rasulullah ﷺ keluar untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Setelah selesai solat, Baginda ﷺ memerhatikan jemaah lalu meneliti sahabat yang tidak hadir solat subuh berjemaah. Rasulullah ﷺ lalu bertanya: “Apakah si fulan ini telah mati syahid?” Sahabat menjawab: “Tidak.” Kemudian Baginda ﷺ memerhatikan lagi lalu berkata “apakah si fulan telah syahid?” Sahabat lalu menjawab “Tidak.” Lalu Nabi ﷺ bersabda:
إِنَّ هَاتَيْنِ الصَّلاَتَيْنِ أَثْقَلُ الصَّلَوَاتِ عَلَى الْمُنَافِقِينَ وَلَوْ تَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لأَتَيْتُمُوهُمَا وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الرُّكَبِ
Maksudnya: Ini lah dua solat yang amat berat buat orang yang munafiq (iaitu solat subuh dan isya’). Sekiranya mereka mengetahui besarnya ganjarannya, maka mereka akan datang solat di masjid sekalipun dalam keadaan merangkak. (HR Abu Daud, an-Nasa’ie)
Begitulah Rasulullah ﷺ sangat menekankan akan keperluan solat subuh berjemaah sehingga diperhatikan kehadiran sahabat dalam saf setelah selesai menunaikannya.
5. Begitu juga dengan Abdullah ibn Umar. Menurut beliau, para sahabat akan memerhatikan jemaah yang hadir di dalam jemaah subuh. Sekiranya ada yang tidak hadir, mereka sehingga satu tahap mempunyai pandangan yang tidak baik (su’ zann) terhadap mereka yang tidak hadir. Kata Ibn Umar:
كنا إذا فقدنا الرجل في الفجر والعشاء أسأنا الظن به
Maksudnya: Sekiranya kami mendapati ada di kalangan kami yang tidak hadir solat berjemaah pada waktu Subuh dan Isya’, maka kami akan mempunyai su’ zan (pandangan yang ragu2) terhadap kumpulan (yang tidak hadir) ini. (Ibn Khuzaimah, al-Tabrani fi al-Kabir, Ibn Hibban)
6. Adalah diharapkan agar dasar Pendidikan Negara yang akan datang digubal selaras dengan kehendak Allah dan Rasul. Mudah-mudahan Allah memberikan kita kekuatan untuk menjadi jemaah di masjid dan membangunkan ahli keluarga kita dengan solat jemaah.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. 
Previous
Next Post »
loading...