Get $25 free
loading...

“Saya Terpaksa Berniaga Di Pasar Malam & Menoreh Getah” – Sofi Jikan

Mungkin ramai yang sudah tahu, pelakon Sofi Jikan terpaksa berhadapan dengan hukuman penjara selama setahun atas kesalahan menggunakan dadah jenis ganja tahun lalu.

BACA : Sofi Jikan Dipenjara 12 Bulan, Dapati Bersalah Hisap Ganja

Menurut Sofi, dia bimbang dengan hukuman penjara setahun dikenakan ke atasnya bakal menjejaskan sumber rezeki yang dicari untuk menyara isteri dan anak-anaknya.

Namun, dia menghormati keputusan mahkamah dan merasakan hidupnya seolah-olah kosong ketika ini apabila beberapa kontrak lakonan yang telah ditandatangani telah dibatalkan kerana keputusan tersebut.

“Saya hormati keputusan mahkamah namun hilang tawaran lakonan beberapa filem dan program televisyen. Lagipun saya sudah menandatangani semua tawaran berkenaan.

“Pendapatan saya kini kosong dan runsing memikirkan nasib isteri serta tiga anak yang berusia tujuh hingga 15 tahun,” – Sofi Jikan.

Sofi mendakwa mungkin selepas ini dia terpaksa berniaga di pasar malam atau mencari kerja sebagai penoreh getah bagi menampung kehidupannya sekeluarga.

“Ini kali pertama saya dihadapkan di mahkamah dan ia memberi kesan ekonomi kepada keluarga.

“Saya sudah merayu untuk menangguhkan hukuman dan mungkin terpaksa menoreh getah atau berniaga di pasar malam,” katanya dipetik Harian Metro.

Sofi Jikan akan menjalankan hukuman tersebut selepas proses rayuan dibuat memandangkan mahkamah membenarkan permohonan peguam untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara proses rayuan.

Air Kencing Positif Ganja, Sofi Jikan Terkejut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...