Get $25 free
loading...

Video Sajat Bergelek Sakan Ditegur, Aliff Syukri Gelar PU Amin ‘Poyo’

Sebelum ini, usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik video Sajat bergelek sakan di Instagram mencetuskan kontroversi dan menimbulkan kecaman daripada netizen di Instagram.

LIHAT : (Video) Sajat Terpaksa Tunjuk ‘Dara’ Gara-gara Aliff Syukri

Rata-rata netizen menyifatkan tindakan Aliff terebut tidak menghormati isterinya yang mengerjakan haji di Makkah ketika ini.

Video itu turut mendapat perhatian pendakwa bebas PU Amin dan menerusi Instagram, dia menjelaskan hukumnya haram melihat video tersebut yang memaparkan Sajat bergelek serta video tersebut mampu merosakkan akhlak anak-anak muda.

Dalam perkongsiannya itu, PU Amin turut memohon maaf kepada Aliff Syukri di atas nasihatnya itu namun dia perlu memberikan teguran kerana tidak mahu perkara sama seperti itu berulang lagi.

Biasanya sekiranya ditegur oleh pendakwah, seseorang itu akan malu dan akur atas kesilapannya, namun tidak bagi Aliff apabila memuat naik foto PU Amin serta meluahkan rasa bengang dengan teguran tersebut.

Bukan itu saja, Aliff turut menggelar pendakwah itu seorang yang poyo dan meluahkan hasrat mahu bertemu dengan PU Amin untuk berbincang dengan baik.

Rata-rata netizen menyokong apa yang dinyatakan oleh PU Amin dan netizen yang meninggalkan komen negatif juga dimaki balik dengan bahasa kasar oleh Aliff.

(Video) Sajat Terpaksa Tunjuk ‘Dara’ Gara-gara Aliff Syukri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...