Tajuk:
1. Warna Terang Dan Tahan Lama, Ramai Wanita Cadang Guna 'Eyeliner' Ni Untuk Nampak Cantik Setiap Hari
2. Eyeliner Pilihan Utama Gadis Jelita, KATE TOKYO Super Sharp Liner EX 2.0 Kini Masuk Pasaran Malaysia
via GIPHY
Cakap pasal barang makeup ni kan, kami nak kongsi dengan anda satu produk ni yang kami pasti ramai dah tahu, KATE TOKYO yang dihasilkan di negara Jepun. Kalau anda nak tahu, KATE TOKYO hadir dengan produk eye liner baru untuk semua wanita-wanita anggun di luar sana iaitu KATE TOKYO Super Sharp Liner EX 2.0.
Produk serba baru yang ditambah baik daripada versi terdahulu, yang sudah pun begitu terkenal sebagai ‘’All Time Best Selling’’ iaitu Super Sharp EX sebenarnya dah pun berada dalam pasaran sejak Ogos ini tau.
Datang dengan tiga pilihan warna, BK-1 Intense Black, BR-1 Dark Brown dan BR-2 Bitter Brown, anda boleh pilih mana-mana je warna yang sesuai untuk dikenakan pada wajah supaya tampil cantik setiap hari.
Warna-warna yang dibawakan khas ini adalah warna bold yang menaikkan seri wajah tanpa sebarang masalah. Tak kisahlah trend solekkan mata yang macam mana anda mahu kenakan pada wajah, KATE TOKYO Super Sharp Liner EX 2.0 dijamin tidak akan mengecewakan anda.
Berus eyeliner dihasilkan menggunakan teknologi khas, Spun Silk Technology yang menghasilkan benang sangat halus. Benang ni penting tau sebab ia menentukan keselesaan dan kualiti solekkan pada wajah anda. Bila sentuh kulit, fuhhh lembut macam kain sutera. Memang berbaloi sangat kalau anda beli.
via GIPHY
Lagi satu, kalau anda perhatikan hujung eyeliner tu, ada tiga jenis ketebalan berus yang boleh anda pilih. Natural (thin line), Chic (small flick/wing) dan Bold (thick wing, cat eye).
Bukan tu je, kalau anda tengok rekaan pemegang eyeliner ni, anda dapat lihat binaan yang sangat elegan dengan potongan nonagonal. So, dengan rekaan macam ni, cengkaman menjadi lebih selesa dan yang pastinya, anda takkan merungut waktu makeup nanti.
via GIPHY
Kalau pemegangnya pun dibina dengan begitu teliti, apatah lagi pewarnanya, Super-Fine Liquid. Sebagai wanita yang berkerjaya, sibuk sepanjang masa ataupun anda sentiasa mahu tampil bersedia setiap minit, usah risau kerana pewarna ini amat tahan lama pada kulit wajah.
Dengan Smudge-free film formula, tak perlu bimbang dah kalau kena air je terus tanggal sebab sudah diuji dan mampu bertahan daripada meleleh ketika kena air, peluh malah air mata sekalipun.
Okay, mungkin ada yang bertanya, senang nak cuci ke? Tak perlu risau, walaupun tahan lama, Super-Fine Liquid mudah dicuci dengan hanya menggunakan air suam je.
So, KATE TOKYO Super Sharp Liner EX 2.0 ni boleh diborong di semua stor-stor Watsons dan SASA & AEON Wellnes Centre di seluruh negara. Kalat tak sempat nak grab produk laku keras ni, anda juga boleh memesan dari atas talian di platform Lazada dan juga Hermo.
via GIPHY
Ikuti laman web dan facebook KATE TOKYO untuk maklumat lajut okay.
lagi info di : Gosip Artis Terkini