Get $25 free
loading...

“Lutut Lupa Nak Berus Ke?” – Netizen Kecam Lutut Berkerak, Haneesya Hanee Padam Gambar

Awal pagi tadi, nama pelakon dan model Haneesya Hanee tiba-tiba menjadi bualan netizen apabila dia memuat naik foto di Instagram dikecam hebat gara-gara foto tersebut menampakkan lututnya yang didakwa ‘hitam berkerak’.

BACA : “Kaki Berurat Macam Usain Bolt” – Tayang Gambar Seksi, Nur Sajat Dikecam Netizen

Foto Haneesya itu disertakan kapsyen mengenai dirinya yang kurang berkeyakinan dengan bahagian lutut sendiri sebelum ini yang sering dikecam.

“Tahu tak dalam gambar sebelum ini, saya tak yakin dengan lutut sendiri. Ya, sebagai manusia biasa saya juga ada rasa tidak yakin pada diri walaupun sentiasa dilihat konfiden oleh semua orang.

“Disebabkan itulah, saya edit gambar pada bahagian lutut sebelum ini. Saya perlu melawan rasa tidak yakin dan rasa kekurangan itu, untuk kembalikan rasa konfiden.

“Saya dah tak kisah…Edit kena kecam, tak edit pun akan kena kecam. Jadi, silakan!,” – tulis Haneesya Hanee.

Namun, permintaan Haneesya meminta kecaman daripada netizen ternyata berhasil apabila netizen tidak membuang masa memberi kecaman terhadap bahagian lutunya yang agak gelap.

Netizen mula mempersoalkan bahagian lututnya itu didakwa lupa diberus dan ada juga yang mendakwa kesan hitam lutut Haneesya tersebut berpunca daripada minum arak yang banyak.

Bagaimanapun, tidak semua yang memberi kecaman, ada juga peminat dan netizen Haneesya meninggalkan komen yang positif kepada Haneesya.

Beberapa jam selepas dimuat naik dan menerima cemuhan tidak henti-henti daripada netizen, foto Haneesya yang memfokuskan pada bahagian lutut yang hitam itu telah dipadam dari akaun Instagram miliknya.

“Buah Kecik Pun Nak Tayang, Nampak Tulang Je” – Ainul Aishah Belanja Foto Seksi Dikecam Netizen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...