Get $25 free
loading...

Artis ‘BBNU’ Ditahan Polis, Cekik Pekerja Stesen Minyak & Cabar Polis

Hanya disebabkan bayaran menggunakan kad kredit tidak diterima, seorang penyanyi yang juga komposer lagu ditahan polis selepas bertindak mencekik seorang pekerja sebuah stesen minyak di Ampang, Kuala Lumpur, semalam.

BACA : “Sebab Tolong Orang” – Yassin Senario Dedah Cerita Sebenar Dicekup Polis

Kejadian ni berlaku sekitar jam 4 petang semalam semasa penyanyi ‘baru nak up’ tu singgah di stesen minyan untuk mengisi minyak petrol kenderaannya dan membeli minuman.

Menurut salah seorang saksi, salah faham berlaku apabila artis ‘BBNU’ itu berlaku semasa dia hendak membuat bayaran minuman yang mahu dibelinya itu.

“Difahamkan artis itu mahu membuat bayaran menggunakan kad kredit, namun kaedah pembayaran itu tidak diterima oleh kakitangan stesen minyak itu,” jelas saksi kepada Harian Metro.

Bengang kerana bayaran tidak diterima, artis lelaki itu menyerang lelaki terbabit serta mencekik leher mangsa menyebabkan pengurus stesen minyak terpaksa menghubungi polis selepas artis tersebut tidak mahu memberikan kerjasama.

Bukan itu saja, semasa polis sampai di situ dan cuba menenangkan keadaan, artis terbabit turut mencabar polis sehingga terpaksa menahan dan membawa penyanyi itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, penyanyi itu sudah dibawa ke mahkamah untuk perintah tahanan reman bagi tujuan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan) dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas.

Haqiem Rusli, Zynakal & Fareez Fauzi terkena tempias?

Meninjau di media sosial, pelbagai dakwaan daripada netizen mengenai isu ini dan ada yang mengaitkan penyanyi Haqiem Rusli yang kebetulan berusia 21 tahun.

Namun, penyanyi dan komposer lagu muda, Zynakal turut terkena tempias dan termasuklah penyanyi Fareez Fauzi, anak kepada pelakon Fauzi Nawawi yang menjuarai Mentor 6 dahulu.

Spekulasi dari netizen di Forum Cari

Ketiga-tiga mereka secara kebetulan masing-masing berusia 21 tahun, namun itu hanyalah spekulasi dan suspek masih belum didedahkan.

“Sebab Tolong Orang” – Yassin Senario Dedah Cerita Sebenar Dicekup Polis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Carian Anda :
Previous
Next Post »
loading...