Get $25 free
loading...

Farid Kamil Dedah Cerita Sebenar Tidak Sertai Filem Remp-It 2

Susulan kenyataan pelakon Zul Huzaimy yang mendakwa Datuk Farid Kamil mengambil keputusan menarik diri daripada menjayakan filem Remp-It 2, pelakon dan pengarah terkenal itu memberi jawapan balas.

BACA : “Saya Sangat Kecewa Dengan Farid” – Farid Kamil Tolak Tawaran Zul Huzaimy Untuk Remp-It 2

“Tuduhan yang dilemparkan ke atas saya sangat melampau. Saya tidak mengetepikan ahli Spark tetapi Zulhuzaimy yang menolak mereka,” – kata Farid Kamil kepada Harian Metro.

Menurut Farid, dia memiliki bukti dan rekod bahawa Zul Huzaimy tidak mahukan ahli kelab berkenaan terbabit dalam filem dan biar dia sahaja yang berlakon.

“Dalam pertemuan bersama Zulhuzaimy di pejabat penaja baru-baru ini, saya cadangkan bawa ahli Spark tetapi Zulhuzaimy tidak terima.

Dia cakap jangan kaitkan mereka dalam filem ini dan biar dia sahaja berlakon,”- Farid Kamil.

Mengenai skrip filem katanya, ia lanjutan daripada filem Rempit yang diarahkan Ahmad Idham pada 2006 dan sebagai penulis asal serta berjaya mendapatkan hakcipta daripada David Teo, dia dan Zul sepatutnya bersama-sama berlakon dan menjayakan Remp-It 2.

Jelas Farid, selepas memohon dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) dia membuka langkah bagi mendapatkan tajaan FKX Film Sdn Bhd.

“Saya tidak tahu kenapa timbul isu pemilikan bagi filem baru. Selaku pengarah, saya mendapati skrip tidak bersesuaian dengan filem aksi berdurasi 95 minit.

“Oleh itu, ia memerlukan jalan cerita baru dan beberapa pelakon lama ketika filem pertama dihasilkan 13 tahun lalu,” – Farid Kamil.

Farid turut menjelaskan dia mempelawa Zulhuzaimy membintangi filem itu dengan bayaran tinggi namun ditolak dan dia sebenarnya cuba mengembalikan semula Zul Huzaimy ke layar perak biarpun ditentang pihak produksi.

Mengenai ahli Kelab Spark Malaysia mengumpul dana bagi membantunya di mahkmah, Farid mendakwa ianya adalah tidak benar kerana dia sendiri membiayai kos mahkamah dan hanya keluarga dia yang dibenarkan datang ke balai polis.

“Saya Sangat Kecewa Dengan Farid” – Farid Kamil Tolak Tawaran Zul Huzaimy Untuk Remp-It 2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...