Gara-gara ikan kelah yang dibela oleh usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri mati hampir 500 ekor tempoh hari, ramai yang memberi kecaman terhadapnya dan rata-rata mengatakan dia tidak pandai membela ikan.
BACA : “Pale Otak Kau Nak Jual Ikan Kena Racun” – Netizen Kecam Aliff Syukri Jual Ikan Mewah Mati
Malah, Aliff Syukri dihentam teruk apabila dia menjual ikan yang mati itu kepada orang ramai sehingga rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakannya itu.
Bukan sahaja netizen, usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida turut terpanggil membidas tindakannya yang didakwa tidak menjaga ikannya dengan betul menyebabkan ikan peliharaannya banyak yang mati.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Vida, dia memperlihatkan kolam ikannya yang lebih besar dan jernih serta mendedahkan penjagaan ikan yang betul.
“Nak pelihara ikan mmg budget kena besar. Terutama nak buat kolam ikan..
Kena dalam.. filter kena bagus.. Ikan jangan letak banyak sangat..
Jangan campur segala ikan dalan 1 kolam.. Habitat ikan lain lain air & kolam..Saya kesian @aliffsyukriterlajaklaris nya ikan byk mati..
Ye la Tok duit byk.. Main campak je ikan tu.. Yg jaga pula JAHIL.SAL SENSITIVITI
PENJAGAAAN IKAN.. IKAN HARI TU BUAT APA TOK.. GULAI KE?” – tulis Dato’ Vida di Instagram.
Bengang dengan kenyataan Dato’ Vida, Aliff Syukri terus membalas balik dengan memuat naik video di Instagram miliknya pula dan menyelar apa yang dikatakan oleh Dato’ Vida adalah bercanggah dengan apa yang dibuat olehnya.
Aliff mendakwa dia tahu selok belok penjagaan ikan dan tidak perlu untuk mengajarnya dan menjelaskan ikannya mati disebabkan ribut taufan dan pengawal tidur tidak menutup suis utama menyebabkan oksigen terhenti.
“Tak payah nak ajar ajak abang macam mana cari jaga ikan. Abang dah lama jaga ikan koi jelun, kelah ni.. jaga je ikan awak tu .. x pyah Ajar2 kita.. ikan kita-kita dah bela lama dah pun sebelum awak bela ikan abg dah bela.. apa masalahnya tak payah nak perli-perli kita.. @datoserivida .. ikan kita semua ori koi jepun bukan local koi.. lain kali jumpa jee deal depan2 kan senang.” – tulis Aliff Syukri di Instagram.
Menurut Aliff lagi, dia lagi awal membela ikan jika dibandingkan dengan Vida dan mendakwa semua ikannya mahal dan original Jepun.