Get $25 free
loading...

Nur Sajat Ditawar Berlakon KL Gangster, Netizen Teruja & Tidak Sabar Lihat Sajat Berlakon

Nampaknya rezeki usahawan kosmetik, Nur Sajat bertambah lagi apabila menerima tawaran berlakon dalam KL Gangster Underworld musim kedua yang akan disiarkan di platform digital iflix nanti.

BACA : “Kaki Berurat Macam Usain Bolt” – Tayang Gambar Seksi, Nur Sajat Dikecam Netizen

Menerusi Instgaram, Sajat berkongsi perbualan Whatsapp tawaran daripada SKOP Production dan menerusi perbualan tersebut, Sajat ditawarkan berlakon dalam satu babak di Brothel.

Menurut apa yang ditulis oleh Sajat, dia akan memegang watak wanita gangster dan akan berlawan dengan Syamsul Yusof di dalam drama tersebut. Psssttt… dia ingat cerita tu sambungan filem KL Gangster 2 ke? Heh!

Teruja melihat perkongsian tersebut, netizen tidak sabar melihat lakonan Sajat dan menurut netizen, lokasi untuk babak Sajat itu nanti di brothel, dan itu adalah satu tempat pelacuran.

Ada juga netizen yang mahukan Sajat berfikir untuk menerima tawaran tersebut memandangkan lokasi dan watak adalah melibatkan pelacuran.

Agak-agak berapa minit babak yang Sajat akan lakonkan nanti?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...