Get $25 free
loading...

Kandungan Mencecah 7 Bulan, Elfira Loy Belajar Cara Menyusu Bayi

Pelakon Elfira Loy berkongsi perasaan teruja apabila kandungannya sudah mencecah tujuh bulan dan kini dalam proses menyediakan ruang bilik tidur untuk cahaya mata sulungnya itu.

BACA : Elfira Loy Rahsia Jantina Anak, Tiada Majlis Pengumuman Jantina

Menerusi Instagram miliknya, bakal ibu muda itu memuat naik foto dan amat teruja untuk menyediakan keperluan diri sendiri dan keperluan anak yang bakal dilahirkan pada Oktober ini.

“Lagi dua bulan!! Tapi saya tak sediakan apa-apa lagi. Apa-apa pun, saya sangat excited!.

“Saya begitu teruja untuk menyediakan bilik nurseri, membeli keperluan untuk bayi, untuk diri sendiri agar semuanya teratur.

“Tetapi saya perlukan rancangan supaya saya tak stress. haha.

“Rancangan saya adalah untuk melabel setiap compartments, membeli barangan tersebut dan meyediakan ruang bagi setiap benda.

“Saya juga perlu banyak membaca mengenai kehamilan, penyusuan & segalanya tentang bayi.

“Bagaimana pula dengan pengalaman anda? Apa perkara yang membuatkan korang rasa dah lengkap, tapi lepas dah beranak baru mcm “ohh saya lupa tentang ini, saya lupa tentang itu”. Kongsikan dengan saya supaya saya tidak melakukan kesalahan yang sama. Hehe. Terima kasih!,” tulis Elfira panjang di Instgaram.

Menurut Elfira, buat masa sekarang dia perlu banyak membaca mengenai kehamilan, penyusuan dan segala perihal mengenai bayi.

Di ruangan komen foto tersebut, rata-rata netizen menasihati Elfira supaya menjaga pemakanan, emosi dan kesihatan demi kebaikan bayi yang bakal lahir tidak lama lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...