Get $25 free
loading...

Mengaku Curi Duit RM200 Ribu, Polis Bebaskan Bekas Suami A Aida

Semalam kita dikejutkan dengan penahanan seorang pelakon lelaki yang dikaitkan dengan kehilangan wang pelaburan matawang penerbit terkenal, Datuk A Aida yang berjumlah lebih RM200,000.

BACA : Pelakon Ditahan Polis, Kes Tipu Wang RM200 Ribu Datuk A Aida

Ingatkan orang lain yang kebas, rupa-rupanya bekas suami A Aida sendiri iaitu Ariff Aziz yang telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas memberikan kerjasama berhubung siasatan kes tersebut.

“Tangkapan ke atas suspek dibuat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Ampang ketika dia hadir memberi keterangan berhubung kes yang dilaporkan.

“Kami turut merampas satu unit telefon bimbit milik suspek bagi menjalankan siasatan lanjut namun lelaki itu telah dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama setelah keterangan percakapan diambil dan rampasan dibuat,” – jelas Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff kepada Kosmo!.

Terdahulu, satu laporan polis telah dibuat oleh pemiliki syarikat A.Aida Production itu pada 21 Jun lalu yang mengaitkan bekas suaminya, Ariff Aziz dengan kejadian kehilangan wang pelaburan matawang berjumlah RM213,805.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...