Isu pelakon Galih Ginanjar menghina kemaluan bekas isterinya, penyanyi dan model Fairuz A Rafiq berbau seperti ikan masin masih melarat apabila anaknya, King Faaz Arafiq yang baru berusia 7 tahun turut menerima tempias.
BACA : Hina Kemaluan Bau Ikan Masin, Fairuz Belum Dapat Maafkan Bekas Suami
Kontroversi yang melanda ibu bapanya sejak bulan lalu menyebabkan Arafiq dibuli rakan sekolah dan isteri kepada Galih iaitu Barbie Kumalasari mengatakan itu merupakan antara risiko yang harus mereka hadapi.
“Ya risiko, kalau berita viral kan seperti itu kalau memang enggak ada damai, mau enggak mau biar gimana ayahnya sendiri.
“Pasti kan ketika orang jadi ramai mem-bully atau sampai panjang, sampai proses pengadilan, sampai ditetapkan jadi terdakwa, pasti kan lebih parah lagi, pasti psikis anak kena lah,” – Barbie Kumalasari.
Menurut laporan Liputan6, Barbie turut menyalahkan pihak Fairuz kerana enggan berdamai dengan bekas suaminya itu dan mendakwa keadaan akan menjadi lebih keruh selagi keduanya tidak berdamai.
Terdahulu, bekas suami Fairuz, pelakon Galih Ginanjar dipenjara kerana menghina kemaluan bekas isterinya berbau ikan masin di dalam sebuah rancangan di Youtube.