Get $25 free
loading...

“Nak Kahwin 2020, Tapi Tiada Calon Lagi” – Elizabeth Tan Rancang Kahwin 20.2.2020

Penanyi dan pelakon jelita Elizabeth Tan mengakui dia merancang untuk menamatkan zaman bujangnya pada 20 Februari 2020, iaitu tarikh yang dianggap cukup ‘cantik’ bagi dirinya.

BACA : “Lelaki Semua Sama, Tak Guna & Penipu” – Elizabeth Tan Luah Rasa Marah

Menurut Elizabeth ataupun lebih mesra dengan panggilan Lizzy, dia hanya merancang sahaja kerana belum mempunyai calon suami buat masa sekarang.

“Saya hanya rancang untuk kahwin pada tarikh itu. Tapi saya tiada calon lagi. Apa pun kenalah cari supaya dapat capai target nak langsung pada date tu.

“Entahlah, bagi saya tarikh tersebut cukup cantik dan rasanya pasti ramai juga yang akan pilih tarikh berkenaan untuk menjayakan sesuatu yang bermakna dalam hidup mereka. Lagi pula, ia hanya hadir sekali dalam hidup kita kan,” – jelas Elizabeth Tan kepada Media Hiburan.

Lizzy menjelaskan lagi dia tiada kekasih lagi kerana dia jarang keluar rumah dan peluang untuk mendapatkan teman lelaki itu agak sukar.

Dia juga mengakui pernah terfikir untuk mempunyai aplikasi mencari teman lelaki di media sosial.

“Lelaki Semua Sama, Tak Guna & Penipu” – Elizabeth Tan Luah Rasa Marah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...