Get $25 free
loading...

Pelakon Ditahan Polis, Kes Tipu Wang RM200 Ribu Datuk A Aida

Seorang pelakon lelaki ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Ampang, jam 12 tengah hari tadi, ketika hadir memberi keterangan berhubung kes penipuan wang RM200,000 penerbit terkenal, Datuk A Aida awal Mac lalu.

BACA : “Berikan Hatimu Padaku” – Bekas Suami A. Aida Jadi Mangsa Godaan Peminat

Menurut pihak polis, pelakon lelaki berusia 25 tahun itu ditahan dan telefon bimbitnya dirampas bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat oleh A Aida pada Jun lalu.

A Aida berterima kasih kepada pihak polis kerana berjaya memberkas pelakon yang dikenalinya itu sekali gus menyelesaikan masalah tersebut dan berharap dikenakan hukuman setimpal atas perbuatan dilakukan.

“Saya difahamkan individu itu sudah mengaku kesalahan dibuat. Jadi, kita tunggu saja hari perbicaraan dan hukuman yang bakal diberikan. Saya berharap ia setimpal dengan perbuatannya.

“Sejujurnya, saya tidak menjangka dia sanggup menganiayai dan menipu saya. Tapi tak mengapa, negara kita ada undang-undang.

“Saya difahamkan wang pelaburan itu pun sudah habis. Jadi, saya anggap bukan rezeki saya,” – jelas A Aida kepada Harian Metro.

Penerbit drama itu juga terkilan dengan pelakon lelaki itu kerana sanggup menganiayai dan menipu dirinya.

“Berikan Hatimu Padaku” – Bekas Suami A. Aida Jadi Mangsa Godaan Peminat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...