Get $25 free
loading...

Sambut Parti Bujang Dengan Kek Payudara Wanita, Rizman Jawab Kecaman Netizen

Gara-gara menyambut parti bujang dengan kek yang menyerupai bentuk payudara wanita, pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin dikecam netizen baru-baru ini.

BACA : Safiey Illias Selesai Buang ‘Payudara Palsu’ Implan Silikon Kali Kedua

Parti bujang yang diadakan dua minggu lalu itu merupakan kejutan daripada rakan-rakannya selepas sambutan terdahulu di sebuah kapal mewah di Pulau Langkawi, Kedah.

Rizman menjawab kecaman netizen, mungkin kerana dirinya dikenali perkara tersebut dijadikan isu, sedangkan sebelum ini sudah ramai yang menyambut parti bujang dengan kek berbentuk sedemikian.

“Terpulang kepada penerimaan masing-masing. Saya tidak nampak benda ini satu isu besar kerana sebelum ini dah ramai orang buat benda sama.

“Mungkin kerana dikenali, bila kita buat sesuatu yang pelik sikit orang akan tegur. Tapi saya tak ambil kisah kerana ia parti kejutan yang dianjurkan rakan-rakan.

“Saya rasa bertuah kerana mempunyai sabahat-sahabat yang sentiasa menghargai saya dan bersusah payah mengadakan parti kejutan tersebut,” – jelas Rizman kepada Media Hiburan.

Gambar Rizman Nordin bersama kek bentuk payudara wanita yang menerima kritikan netizen

Menurut Rizman lagi, dia tidak akan mengambil hati dengan kritikan kasar netizen dan dia tidak kisah apa yang netizen kecam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...