Sebut saja nama Sharifah Sakinah, sudah pasti terlintas di dalam kepala dengan isu berkaitan dengan cara pemakaiannya yang seksi di media sosial.
BACA : Tampil Seksi Berkemban Selepas Balik Mekah, Sharifah Sakinah Dikecam Peminat
Sekali lagi, nama Sakinah menjadi perhatian netizen apabila dia memuat naik mesej peribadi yang diterima daripada peminat menegurnya supaya menutup aurat.
“Kalau tak boleh pakai tudung, at least jangan pakai macam telanjang” – tulis peminat itu melalui DM.
Berkongsi mesej peribadi di Instagram itu menyebabkan Sakinah dikritik oleh netizen kerana netizen mengatakan dia tidak sepatutnya berkongsi mesej itu kepada umum kerana teguran itu diberikan secara peribadi.
Rata-rata netizen mempertahankan netizen tersebut yang memberikan teguran melalui mesej peribadi dan tidak bertindak memalukan pelakon itu dengan meninggalkan mesej di ruangan komen secara terbuka.