Walaupun sudah lama Fathia Latiff membuat keputusan tidak berhijab, namun orang ramai terutamanya netizen masih memberi kecaman terhadap dirinya.
BACA : “Saya Rasa Mereka Yang ‘Gila’ Sekarang” – Respon Fathia Latiff Dituduh Gila
Menurut Fathia, dia akan tetap mengekalkan imej tersebut demi mengejar cita-citanya sebagai penyanyi antarabangsa.
“Apa yang boleh saya katakan ialah ini karakter sebenar saya demi mengejar cita-cita sebagai penyanyi antarabangsa,” – jelas Fathia kepada mStar.
Fathia menjelasakan dia faham apa yang dia lakukan adalah salah di sisi agama, namun mungkin nanti dia mendapat suami yang dapat membimbing dirinya ke arah yang lebih baik.
“Saya faham apa yang saya lakukan adalah salah di sisi agama, saya akui diri ini jahil. Namun siapa tahu saya bakal menemui calon suami yang dapat membimbing diri ini ke arah yang lebih baik suatu hari kelak.
“Tidak dinafikan saya masih mendapat komen negatif daripada masyarakat, namun saya anggap mereka berkata demikian kerana sayangkan saya.” – Fathia Latiff
Fathia juga tidak menafikan dia masih menerima komen negatif daripada orang ramai, namun menganggap mereka berbuat demikian kerana mereka sayangkan dirinya.