Get $25 free
loading...

“Darah Banyak Tadi Nak Salahkan Siapa?”- Fizz Fairuz Tegur Jururawat Yang Merawat Anaknya

Gara-gara darah yang banyak keluar dari tangan anaknya semasa dirawat oleh jururawat, pelakon Datuk Fizz Fairuz menegur pihak hospital terbabit kerana kurang berhati-hati.

Fizz Fairuz mendakwa tangan anak bongsunya, Nur Afrina Ayra yang berusia setahun keluar darah dengan banyak ketika pihak hospital hendak memasukkan jarum atau branula ke tangan anaknya itu.

Menerusi Instagram, Fizz berkongsi perkara terbabit dan turut meminta agar pihak hospital tersebut berhati-hati ketika mengendalikan pesakit.

“Allah sedih papa tengok adik Ayra kena cucuk tangan,tapi dia still okay. Budak dia tak tahu apa kan, so nangis jelah.

“Tapi darah banyak siang tadi nak salahkan siapa? Careful bila handle patient ya… Hehehehe.. Adik mama jaga ok, papa pergi work jap.. After 2 days papa balik k” – tulis Datuk Fizz Fairuz di Instagram.

Anak bongsunya itu dimasukkan ke hospital selepas kedua-dua kakaknya, Nur Afrina Arianna dan Nur Aurora baru sahaja dikeluarkan dari wad kerana jangkitan denggi.

Bagaimana pun, mungkin tidak mahu menjadikan isu menjadi tegang, Fizz bertindak memadam posting tersebut tidak lama selepas memuat naik.

Sumber : Gempak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...