Nampaknya, giliran penyanyi Faizal Tahir pula menjadi mangsa foto bogel apabila foto bogel miripnya yang tersebar di internet dan dia menyifatkan itu adalah tindakan sabotaj daripada individu yang berniat merosakkan rumah tangganya.
BACA : Aiman Tino Kemurungan, Hilang Semangat Disindir Rakan Artis Lain
Penyanyi yang berusia 40 tahun itu juga tidak menafikan atau mengakui dia adalah individu dalam gambar tidak senonoh berkenaan.
“Kalau ini percubaan orang untuk mengganggu keharmonian rumah tangga saya, saya doakan yang baik-baik untuk dia.
“Saya tak perlu jelaskan secara terperinci kepada sesiapa pun kerana yang lebih penting hanya isteri dan Allah yang tahu. Allah tahu niat saya. Yang penting gambar itu tidak pernah disebarkan oleh saya.
“Terpulang kalau orang kata ia saya, saya tiada apa untuk disorokkan,” jelas Faizal Tahir kepada mStar.
Menurut Faizal, dia masih berfikiran waras untuk menyebarkan perkara mengaibkan seperti itu dan mendakwa banyak lagi benda benda lain yang lebih baik boleh dikongsikan.
“Saya tak rasa tertekan pun bila saya dapat tahu mengenai perkara itu. Gambar itu bukan ditujukan untuk sesiapa tapi gambar itu dah tersebar walhal lebih banyak lagi perkara baik yang boleh dikongsikan.
“Tiada orang yang sempurna… saya tak tahu siapa individu yang menyebarkan gambar itu kerana ia tidak pernah dikeluarkan dari telefon saya.
“Untuk sesiapa yang menantikan (gambar itu), nikmatilah ia!” – Faizal Tahir.
Faizal juga menjelaskan dia tidak rasa tertekan dengan perkara tersebut dan dia juga tidak tahu individu yang menyebarkan gambar terbabit.
Isu Video Lucah Aibkan Keluarga, Aiman Tino Buat Laporan Polis