Get $25 free
loading...

Diskaun Sehingga 90 Peratus Untuk Pelbagai Jenama, Mitsui Outlet Park Buat Sale Untuk Anda Berbelanja Selama 4 Hari


Shopping dengan rakyat Malaysia memang tidak boleh dipisahkan. Ibarat terapi diri, ataupun self-reward selepas penat bekerja, pusat-pusat membeli belah pasti dipenuhi orang ramai terutama ketika hujung minggu ataupun baru lepas dapat gaji kan.

Satu lagi, orang Malaysia memang suka benar dengan perkataan sale. Betul tak? Sebut pasal sale, Mitsui Outlet Park (MOP) baru-baru ini memaklumkan pihaknya akan membawa kembali MOP Super Sale dengan tawaran DISKAUN SEHINGGA 90 PERATUS, selama 4 HARI bermula 30 OGOS HINGGA 2 SEPTEMBER bertempat di MOP KLIA, SEPANG.


Kami pasti ramai yang dah tahu kan, MOP adalah sebuah sebuah pusat membeli belah yang menempatkan store pelbagai produk berjenama premium dari dalam mahupun luar negara antaranya Versace, Ermenegildo Zegna, Bally, Beauty Scents, Dockers, Puma, Rip Curl dan banyak lagi.

Jadi, anda tak perlu risau kerana setiap kali MOP buat sale, diskaun yang diberikan adalah untuk semua produk-produk berkualiti tinggi dan ia menjadi alasan paling kuat untuk anda tidak boleh melepaskan peluang keemasan ini.





Ok, kat bawah ni antara diskaun-diskaun menarik, tawaran-tawaran istimewa dan juga potongan harga tak masuk akal dari setiap store yang anda boleh dapatkan bersempena MOP Super Sale nanti:

Versace – Untuk 4 HARI dengan DISKAUN SEHINGGA 90 PERATUS

Ermenegildo Zegna – Untuk 4 HARI dengan potongan harga minimum 50 sehingga 60 PERATUS.

BallyDirect Purchase dengan potongan sebanyak 20 PERATUS.

Beauty Scents – Potongan harga sebanyak 50 PERATUS untuk pembelian botol minyak wangi kedua.

DockersBeli 2 Percuma 1.

PUMA – Diskaun sehingga 62 PERATUS untuk kasut-kasut terpilih dan harga jualan RM 62 untuk pakaian terpilih.

Rip Curl – Potongan sebanyak 15 PERATUS jika anda membeli 3 ITEM & KEATAS , 25 PERATUS jika anda membeli 5 ITEM & KEATAS.

Vincci Fair – Item dijual pada harga serendah RM 19.

Bonia Shoes Fair – Diskaun sehingga 60 PERATUS untuk kasut-kasut LELAKI dan WANITA.

Nanti dulu, bukan tu je tawaran-tawaran menarik yang MOP tawarkan sempena Super Sale kali ni tau. Ada banyak lagi antaranya adalah MERDEKA SUPERBIKE SALE. Bagi semua rider yang berhajat nak upgrade motosikal masing-masing, anda berpeluang untuk mendapatkan REBAT bernilai sehingga RM 2,000 tau. Boleh tengok kat poster bawah ni.


Tak cukup dengan diskaun 90 PERATUS dan REBAT RM 2,000, MOP Super Sale menawarkan pelbagai lagi peluang-peluang menarik yang pastinya langsung tidak merugikan anda.

Dahla jual dengan harga diskaun kaw-kaw, yang bestnya anda juga berpeluang untuk memenangi Instant Reward with CashBack dengan pulangan DUA KALI GANDA. Lagi satu, anda juga boleh turut serta dalam Spin & Win Suprise Gift. Syaratnya mudah sahaja, anda cuma perlu berbelanja sebanyak RM 200 sekurang-kurangnya dalam 2 resit sahaja.

Selain itu, anda juga boleh menebus pelbagai minuman dan manisan di MOP melalui Hourly Special Giveaway sekiranya anda berbelanja minima RM 100 dalam satu resit.


Fuhhh, banyak betul tawaran-tawaran menarik MOP offer kali ni, tapi kalau anda rasa tu dah cukup, anda memang silap sebab ada lagi yang belum kami kongsikan dengan anda taw.

Haaaa, kalau anda minat bergambar, Instagram Campaign ni memang dianjurkan khas untuk anda taw. Nanti bila ke sana, jangan lupa untuk mengambil gambar di PHOTO BOOTH & 3D Gallery ya. Kalau gambar anda cukup kreatif, anda berpeluang untuk memenangi baucar bernilai RM 300. Mungkinkah anda salah seorang daripada 100 orang pemenang yang bertuah? Siapa tahu kan.

Okay, mungkin ada dalam kalangan pembaca kami yang taknak lepaskan peluang Super Sale dan nanti bercadang untuk MOP menggunakan Grab, ada berita baik untuk anda. Setiap hari, MOP akan memberikan baucar Grab bernilai RM 20 untuk seratus pengungjung terawal. Apa pun, baucar ini Cuma untuk tempoh 4 hari je, jadi anda tak boleh lepaskan peluang ini ok.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web dan facebook Mitsui Outlet Park.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...