Get $25 free
loading...

“Mahkamah Dunia Boleh Dibicara…” – Suami Nadya Syahera Upload Gambar Tangan Digari

Selepas kemelut rumah tangga yang dikongsi oleh suami pelakon Nadya Syahera, Fizul Nawi sebelum ini di media sosial mendapat perhatian netizen, nama suami pelakon itu sekali lagi menjadi bualan ramai.

BACA : Vokalis Kumpulan Rock Ditahan Polis, Miliki Dadah Bernilai RM100

Belum lama kejadian restoran milik Fizul di Shah Alam terbakar dijilat api, semalam dia mengaku di mahkamah atas kesalahan membenarkan warganegara asing tinggal di sebuah premis miliknya.

Memetik Utusan Online, pemilik restoran itu didenda maksimum RM30,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap warganegara asing yang dibenarkan berada dalam premis, jika disabit kesalahan.

Namun, hakim membenarkan permohonan peguam Fizul untuk menangguhkan hukuman pada tarikh lain kerana Fizul tidak mempunyai wang yang cukup dan menetapkan tarikh 26 September ini untuk keputusan jatuh hukum.

Menerusi Instagram, Fizul memuat naik foto tangannya yang bergari mengundang pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.

“Mahkamah dunia boleh dibicara. Mahkamah akhirat tepuk dada tanya jiwa.” – tulis Fizul di Instagram.

Dilihat pada ruangan komen pula, segelintir netizen menyokong tindakan pihak Imigresen dan ada yang turut memberi sokongan kepada Fizul.

Pelakon Ditahan Polis, Kes Tipu Wang RM200 Ribu Datuk A Aida

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...