Get $25 free
loading...

Nik Nazmi Sibuk Hal Kapal, Hal Tanah Ijok Buat Tidak Tahu

Share This:

Umum sedia maklum bahawa setiap kali timbulnya apa jua kisah mengenai 1MDB, berduyun-duyunlah pemimpin pembangkang tampil untuk mengulas. Malah, ada juga yang tampil mahu menjadi hero bagi mendedahkan apa jua yang melibatkan 1MDB kepada rakyat. Tujuannya hanya satu iaitu mahu meraih sokongan daripada rakyat dan menyemai kebencian kepada kerajaan.

Terbaru, sebuah kapal yang dikatakan milik Jho Low telah ditahan di Indonesia untuk pemeriksaan susulan dakwaan pihak berkuasa Indonesia untuk menyiasat dakwaan Jabatan Keadilan Amerika terhadap penyelewengan 1MDB. Susulan penahanan kapal berkenaan, maka gegak gempitalah warga pembangkang termasuk pemimpinnya sekali.

Salah seorang yang begitu “gembira” dengan penahanan kapal berkenaan adalah Ketua Pemuda Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad. Dalam satu kenyataan yang disiarkan di dalam Malaysia Kini, Nik Nazmi di lapor mempersoalkan apa tindakan pihak berkuasa Malaysia dalam isu membabitkan 1MDB dan penahanan kapal layar berkenaan.

Agak menghairankan juga sebenarnya apabila Nik Nazmi berani mempersoalkan kredebiliti pihak berkuasa negara ini. Dia yang cukup dikenali antara pemimpin muda pembangkang yang begitu lantang mempersoalkan pelbagai isu membabitkan 1MDB secara tiba-tiba menjadi pekak, bisu dan buta apabila begitu banyak skandal membabitkan kerajaan negeri Selangor yang dikuasai PKR, didedahkan kepada umum.

Sebagai contoh, skandal tanah di Ijok yang memaksa ramai di kalangan penduduknya bangkit mempersoalkan kredebiliti Datuk Seri Azmin Ali sebagai Menteri Besar yang menguruskan masalah ini. Kenapa dalam isu ini Nik Nazmi hanya mendiamkan diri? Kenapa dia tidak tampil meminta Azmin memberi jawapan yang konkrit untuk menyelesaikan masalah ini?

Jika dia benar mahu memperjuangkan hak dan intergriti, dia sepatutnya berani tampil kehadapan bagi membela nasib rakyat yang dilihat cukup diinaya oleh kerajaan Selangor. Ini bukan isu kecil kerana sudah begitu lama masalah ini dibiarkan begitu sahaja tanpa ada sebarang usaha untuk menyelesaikannya.

Dalam isu membabitkan 1MDB, tidak kiralah apa jua jenis isu yang berbangkit, semuanya telah dijelaskan oleh banyak pihak termasuk SPRM, PDRM, Peguam Negara, Bank Negara Malaysia, PAC, Jabatan Audit Negara dan pihak 1MDB itu sendiri. Hanya tinggal orang-orang seperti Nik Nazmi sahaja yang perlu membaca dan memahami keadaan semasa melibatkan 1MDB.

Menyoal memang mudah tapi andai yang menyoal itu bertanyakan soalan yang sudah lama diberikan jawapan, itu santu tindakan yang tidak bijak. Nik Nazmi patut sedar bahawa apa yang berlaku di Ijok itu adalah masalah kerajaan negeri Selangor, negeri yang mana dikuasai oleh PKR. Sepatutnya Nik Nazmi beri keutamaan masalah di Ijok dari cuba berlagak hero untuk mempersoalkan tentang 1MDB.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...