Get $25 free
loading...

Situasi Mytown Cheras, Betapa Dasyatnya Rakyat Malaysia

Share This:

Rakyat Malaysia yang dikatakan tidak mampu sanggup beratur panjang lama lama dan bebelanja kerana inginkan gadget idaman mereka. Itu menunjukan mereka mampu dari segi tenaga, duit dan masa.

Sebuah portal melaporkan hampir dikatakan hampir 3,000 orang beratur dari tengah malam untuk beli produk Apple. Itu dari tengah malam, berjam jam sanggup menunggu sebelum kedai itu buka pada pukul 9.00 atau 10.00 pagi.

Terkini, Switch iaitu salah satu gedung rasmi jenama Apple di Malaysia telah membuat pengumuman akan mengadakan jualan promosi gudang melalui pelbagai produk yang dijual pada harga yang murah.

Menurut sumber berkata,tidak sampai setengah hari promosi itu berlangsung, Switch yang terletak di MyTown Shopping Centre, Kuala lumpur telah diserbu sehingga ‘licin’ jualan dan terpaksa ditutup untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Penangan harga ‘runtuh’ yang berlangsung selama tiga hari itu telah membuatkan orang ramai sanggup mengorbankan masa untuk beratur dan menunggu sejak semalam lagi.

Rakaman video menunjukkan orang ramai berkumpul di depan kedai tersebut namun berasa kecewa setelah mengetahui situasi yang sebenar.

Rata-rata hasrat netizen yang berhajat untuk pergi ke situ juga menjadi terbantut apabila melihat situasi yang kelihatan seolah-olah sedang berlaku kerusuhan itu.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...