Get $25 free
loading...

Tergelincir Dalam Tandas Petanda Tahun Anjing Bawa Petaka Pada DAP

Share This:

TAHUN anjing ini dijangka malang untuk DAP. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mengalami kecederaan di dahinya malam semalam selepas tergelincir di dalam tandas di rumahnya di Gelang Patah, Johor.

Menurut sumber, kejadian Lim Kit Siang tergelincir tersebut merupakan petanda bahawa tahun anjing ini bakal membawa petaka kepada parti DAP. Mungkinkah DAP bakal kehilangan Pulau Pinang dan Selangor?

Skandal Terowong Dasar Laut dan skandal Tanah Ijok kini sedang hangat diperkatakan. Pemimpin kanan pakatan pembangkang diketuai DAP sedang bergelumang dengan salah laku rasuah yang serius. Malah, keadaan ini diburukkan lagi apabila beberapa portal turut membongkar dasar-dasar pakatan yang dikatakan anti Melayu dan anti Islam.

Menurut kenyataan dari ibu pejabat DAP, berikutan kecederaan berkenaan beliau dirawat dengan segera di sebuah klinik berhampiran.

Doktor juga menasihati anggota parlimen Gelang Patang itu supaya berehat, kata kenyataan itu.

“Lim Kit Siang membatalkan semua acaranya yang telah dijadualkan pada hujung minggu ini termasuk forum di kedai kopi di Gelang Patang pada pagi ini dan satu lagi di Pekan Nenas pada pagi Sabtu.

“Beliau juga tidak akan menghadiri majlis ulang tahun ke-4 sempena memperingati tragedi MH370 pada Sabtu petang di Kuala Lumpur,” kata kenyataan berkenaan.

Selain itu, tarikh baru akan ditetapkan bagi Lim membuat lawatan ke Sg Pelek dan Sepang pada Ahad ini serta beliau tidak akan dapat menghadiri majlis makan malam bagi mengutip dana PKR di Setia Alam pada malam Ahad.

Pada Disember tahun lalu, ketua parlimen DAP itu disahkan menghidap kanser tahap pertama dan terpasa membuang 30 peratus bahagian buah pinggangnya. Doktor berjaya membuang tumor kecil itu dan dijangka pulih tanpa sebarang komplikasi.

Mungkinkah Lim Kit Siang akan memakai pendakap leher seperti Azmin Ali dan Anwar Ibrahim. Perkara tersebut merupakan kebiasaan pemimpin kanan pakatan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum. Walaubagaimanapun pendakap leher tersebut tidak akan mampu menghilangkan skandal salah laku yang menyelubungi mereka.

– pru14.tv

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...