Get $25 free
loading...

Wan Raja Jadi Keliru Antara Pendekar Dan Pondan

Pelakon Wan Raja agak tertekan dengan percanggahan watak diterimanya serentak menerusi dua karya berbeza yang sedang dilakonkannya ketika ini.

Wan Raja atau nama sebenarnya Saiful Redzuan Abu Bakar, 38, berkata, dua watak yang dimaksudkannya itu ialah sebagai seorang lelaki lembut menerusi drama ‘Andartu Kau Bidadariku’ dan watak seorang pendekar bernama ‘Mayong’ menerusi teater epik ‘Putera La Galigo’ yang sedang menjalani sesi latihan.

“Agak ‘gila’ juga cabaran kali ini kerana saya harus pegang dua watak bercanggah karekternya iaitu sebagai lelaki lembut dan pendekar dalam satu masa membuatkan saya sering keliru dan kerap tersasul sehingga menganggu fokus saya.

“Justeru setiap kali bertukar set, saya harus persiapkan mental lebih kuat kerana pernah beberapa kali terjadi ketika membawa watak pahlawan, intonasi suara dan bahasa tubuh saya terbawa-bawa dengan watak lelaki lembut dan perkara ini akan memberi masalah kepada pelakon terlibat,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu kata suami kepada pelakon Yaya Maembong ini lagi, dia tidak kisah tentang persepsi peminat kerana sering dilihat terlibat dalam karya yang mengaitkan dirinya dengan golongan homoseksual.

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...