Get $25 free
loading...

Kotak Fius Hospital Serdang Terbakar

PERISTIWA kebakaran Hospital Sultanah Aminah masih lagi terbayang-bayang di mata rakyat Malaysia. Kini satu kebakaran kecil pula berlaku di Hospital Serdang pagi tadi selepas fius elektrik di tingkat satu hospital berkenaan terbakar.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.16 pagi dan tiba di lokasi pada pukul 9.26 pagi.

Menurutnya, kebakaran tersebut berjaya dipadamkan kakitangan hospital sebelum anggota tiba di lokasi kejadian.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada lampu siling yang gagal berfungsi di tingkat satu bangunan hospital.

“Namun, tiada kerosakan serius dilaporkan,” katanya.

Jelasnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan susulan kejadian tersebut.

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...