Get $25 free
loading...

Video: Juru Tol Wanita Gelar Pemandu Teksi ‘Paria’

Baru-baru ini, sebuah video yang menunjukkan seorang pekerja tol mengeluarkan kata-kata kesat berbaur perkauman terhadap seorang pemandu teksi lelaki telah mencetuskan sensasi di laman sosial.

Ketika kejadian, seorang wanita yang merupakan pekerja tol dipercayai bernama Zatul, dikatakan telah menggelar pemandu teksi berkenaan sebagai ‘paria’ selepas lelaki itu menegurnya bahawa Zatul telah tersilap mengenakan caj bagi kenderaan Kelas 1 apabila teksi sebenarnya dikategorikan dalam Kelas 4.

Oleh kerana rasa terhina dengan gelaran itu, pemandu teksi bernama Ravi Chandran itu mengambil keputusan untuk ‘menegakkan keadilan’ dengan mencetuskan kekecohan sambil merakam keseluruhan episod tersebut menggunakan telefon bimbitnya.

“Mana boleh cakap ‘paria'” kata Ravi kepada wanita tersebut yang bertugas di pelabuhan tol Sungai Nyior.

Insiden yang dikatakan berlaku pada pukul 9.15 pagi semalam itu telah dimuatnaik di dalam akaun Facebook milik DJ Nesh dan telah ditonton sebanyak 7,3113 kali setakat ini.

Pengawal keselamatan bernama Ucop turut bertindak kurang profesional terhadap Ravi. Keadaan menjadi lebih tegang apabila Ravi hilang sabar oleh kerana sikap Zatul dan pengawal keselamatan bernama Ucop yang kurang profesional.

“Saya tak marah bila dia tersalah caj. Dia tidak terlepas pandang dan saya beritahu supaya dia lebih berhati-hati. Sekarang apabila dia sudah pun mengaku salah, saya patut terima baki saya kan?” terang Ravi kepada penyelia yang dipanggil untuk menyelesaikan pergaduhan itu” katanya.

“Tapi, dia dengan nada kurang ajar telah mengusir saya kerana saya sudah bayar. Ini tidak boleh diterima kerana 80 sen bukanlah senang untuk diperoleh” katanya lagi sebelum memberitahu bahawa Zatul telah menghinanya dengan gelaran rasis.

Nasib baik, penyelia wanita itu faham mengapa Ravi bertindak sedemikian–dia bersetuju bahawa pemungut tol itu tidak sepatutnya menggelar lelaki itu ‘paria’ dan memberi amaran agar wanita itu lebih berhati-hati semasa bertugas.

“Kita ada budi bahasa– jangan sesuka hati panggil orang ‘paria’” kata Ravi dengan nada tegas sambil merungut bahawa pengawal keselamatan bernama Ucop itu juga berkelakuan kurang sopan.

Meskipun penyelia tol itu telah memohon maaf dan memulangkan baki kepada Ravi, lelaki berbangsa India itu mengatakan bahawa itu bukanlah kali pertama dia menghadapi situasi seperti itu.

“Nasihat saya kepada semua pekerja plaza tol agar tidak menggunakan telefon bimbit semasa bekerja dan belajar menghormati semua pelanggan tanpa mengira bangsa” ujarnya.

Selain itu, rata-rata netizen menyuarakan pendapat bahawa kejadian seperti itu tidak seharusnya berlaku dalam negara kita yang berbilang bangsa ini.

“Tak hairanlah mengapa tol di Lembah Klang hanya menggunakan Touch ‘n Go dan Smart Tag…supaya pelanggan tak perlu menghadap semua ni” kata seorang netizen.

Manakala, seorang lagi mengatakan bahawa tidak berpelajaran…Patut ajarkan dia. Tak ada otak!

Ada seorang pengguna laman sosial yang bertanya, “Adakah ini semangat 1Malaysia?”

-pru14.tv-

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...