Di Kuala Lumpur, Datin Seri Rosmah Mansor Rosmah dalam ucapannya pada Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Kepimpinan dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak, memberi pendapatnya mengapa Donald J Trump memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat.
Selain itu, beliau menceritakan bahawa anak perempuannya yang kini melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah Sarjana Pentadbiran Awam di Universiti Harvard dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Wharton Business School memberitahunya bahawa dirinya berkenalan dengan anak perempuan Trump, Ivanka Trump.
“Ivanka memang baik kerana meluangkan masa di sebalik kesibukannya” katanya.
“Dia (anak Rosmah) sangat teruja dan menelefon saya pada jam 4 pagi untuk beritahu saya” katanya lagi.
Dalam pada itu, anak perempuannya memberitahu beliau begitu gembira berjumpa dengan Ivanka dan Rosmah percaya mereka telah berkongsi beberapa cerita sesama mereka.
“Jadi saya beritahu suami saya di sebalik kekayaan dan bapanya bakal menjadi presiden, beliau masih merendahkan diri dan tetap mesra” ujarnya.
“Jadi ini satu pengajaran kepada kita semua. Jadi sekarang kamu tahu bagaimana Trump mampu menjadi presiden” ujarnya lagi.
Setelah berakhirnya ucapan Rosmah itu, para hadirin menyanyikan Selamat Hari Jadi untuk Rosmah yang akan berusia 65 minggu depan.
Ia bukan pertama kali Rosmah bercakap mengenai kejayaan Trump. Awal minggu ini pada majlis berasingan, Rosmah berkata “Trump memenangi pilihan raya Amerika kerana beliau mempunyai “sentuhan peribadi dan mesra berhubungan dengan rakyat”.
-pru14.tv-
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini