Hari ini, Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin menggamatkan sidang Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Dewan Merdeka apabila sempat mempromosikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelacongan Malaysia (MAHA) 2016 menggunakan setongkol jagung.
Beliau secara spontan menunjukkan setongkol jagung kepada perwakilan dengan hasrat menjemput mereka ke pameran itu yang sedang berlangsung ketika ini.
Dalam pada itu, tindakan beliau mengupas kulit jagung itu sehingga menunjukkan bulu jagung itu disambut gelak ketawa perwakilan.
Sementara itu, beliau yang menyedari perwakilan seperti memikirkan maksud yang lain kemudian menjelaskan tindakannya bertujuan menerangkan khasiat jagung.
“Saya mahu cerita berkenaan saintifik jagung ini, jangan pula fikir benda lain. Selepas ini saya cerita pasal sarang burung pula” jelasnya.
Pada masa yang sama, reaksi spontan Badruddin itu turut mengundang gelak ketawa bekas Presiden UMNO, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
-pru14.tv-
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini