Get $25 free
loading...

#PAU2016 : Pameran Kartun Di PWTC Pamer Sejarah Kartun Dan Sejarah Perjuangan Merdeka

#PAU2016 : Pameran Kartun Di PWTC Pamer Sejarah Kartun Dan Sejarah Perjuangan Merdeka

Pameran Kartun dan Komik Wasatiyyah dan Perjuangan yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mensajikan sejarah kartun serta komik di Malaysia dan juga memaparkan pameran yang bertemakan ‘Perjuangan, Di Mana Bumi Dipijak’ anjuran Kelab Kartunis Malaysia (KKM).

Presidennya, Mohd Desa Omar berkata tema berkenaan dipilih untuk menyampaikan mesej berkaitan kesetiaan kerana Di Mana Bumi Dipijak, Di Situ Langit Dijunjung yang bermaksud sebagai rakyat harus setia kepada negara dan pemimpin.

Pameran berkenaan diadakan ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 yang bermula sejak 29 November lepas sehingga esok.

“Bila kita sebut di mana bumi dipijak, di mana bumi dijunjung bermaksud kita harus setia kalau bercakap tentang orang UMNO, mereka harus setia dengan parti dan kalau bercakap sebagai rakyat Malaysia, kita harus setia dengan negara,” katanya ketika ditemui media.

Selain tema, Mohd Desa berkata Di Mana Bumi Dipijak juga merupakan tajuk senaskhah buku komik yang turut dipamerkan pada pameran itu yang mengambil semangat perjuangan pemimpin terdahulu bermula dari zaman Datuk Maharajalela, melibatkan Perjanjian Pangkor yang merupakan permulaan campur tangan asing dalam pentadiran negara kita.

“Kita meggambarkan bagaimana Tunku Abdul Rahman mendapatkan kemerdekaan, susah payah beliau, penentangan Malayan Union, sehinggalah mencapai kemerdekaan.

“Di sini kita paparkan sejarah yang sebenar… Saya rasa tiada siapa dapat nafikan tentang sejarah ini bahawa perjuangan untuk kemerdekaan adalah perjuangan orang-orang Melayu,” ujarnya.

Ruang pameran berkenaan terletak di booth Institut Wasatiyyah Malaysia menjadi kunjungan orang ramai untuk melihat sejarah kartun di negara ini dan juga melihat pelbagai karya kartun yang dipamerkan. – pru14.tv

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...