Get $25 free
loading...

PAS Dalam Diam-Diam Akan Bekerjasama Dengan DAP Di Selangor

Biarpun PAS mengatakan bahawa PPBM tidak boleh bekerjasama dengan mereka selagi ada hubungan DAP dan PAN, banyak pihak berasakan bahawa parti Islam itu akan secara diam-diam akan menjalinkan kerjasama dengan DAP seperti yang berlaku di Selangor sekarang kerana Pakatan Rakyat masih bernyawa di negeri itu.

Dalam akhbar Sinar Harian, mereka memetik kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan yang berkata bahawa kerjasama antara PAS dan PPBM tidak boleh menjadi kenyataan selagi syarat berkenaan tidak dipatuhi.

Bagaimana PAS boleh seakan-akan berlagak tegas tidak mahu bekerjasama kononnya dengan DAP sedangkan dalam Kerajaan Negeri Selangor ia masih berdiri berdasarkan kerjasama berkenaan antara PAS – PKR dan DAP.

Jika PAS tegas dalam hal berkenaan, awal-awal lagi selepas DAP menyingkirkan PAS dalam Pakatan Rakyat, PAS sudah pun memutuskan hubungan dengan DAP pada masa itu dan bukannya terus mengekalkan status quo Kerajaan Negeri Selangor sehingga mandat Dewan Undangan Negeri (DUN) PRU13 tamat.

Satu-satunya hal yang masih tidak boleh diselesaikan oleh PAS ialah kebimbangan kehilangan kerusi Exco dan DUN yang sudah dimiliki di negeri yang dikatakan paling kaya di Malaysia itu.

Sepatutnya, PAS tidak begitu memikirkan perihal kerusi DUN di Selangor kerana mereka masih ada satu negeri kubu kuat mereka iaitu di Kelantan yang mana PAS mendominasi wakil ADUN di sana.

“Buat masa ini kita tidah pernah mengadakan apa-apa hubungan atau kerjasama politik dengan PPBM, cuma kita pernah bertemu kerana mereka menyatakan hasrat untuk bersama PAS.

“Bagaimanapun, kita telah memberikan beberapa syarat, jika mereka ingin mengadakan hubungan dengan Pas, mereka tidak seharusnya mengaitkan dengan hubungan Bersatu dengan Pas bersama DAP dan Amanah. Itu adalah pilihan untuk mereka,” kata Takiyuddin kepada Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya tidak akan menunggu PAS lebih lama dalam hal ini.

Jika rundingan dan keputusan memerlukan masa yang lebih lama, pembangkang akan bergerak terlebih dahulu tanpa rancangan mengalahkan PAS.

Banyak pihak ragu-ragu betapa tegasnya PAS dalam hal ini dan mungkin dalam sedikit masa lagi, dek kerana kerakusan kuasa PAS juga akan akur bekerjasama dengan PPBM biarpun mereka ada hubungan dengan DAP dan PAN. – pru14.tv

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...