Sewajarnya, golongan yang mendapat hasil manfaat perjuangan UMNO dalam bidang pendidikan tidak sewajarnya ‘mengigit jari’ parti yang telah banyak berkorban untuk memartabatkan bangsa Melayu dan bumiputera.
Senator Datuk Zali Mat Yasin, Wakil Pergerakan Pemuda UMNO menyatakan bahawa beliau amat kesal apabila ada anak-anak Melayu yang telah mendapat pendidikan tinggi serta pengajian di luar negara telah menjadi penentang kepada kepemimpinan UMNO.
”Parti UMNO telah banyak berbudi dan memberikan kita segala-galanya tetapi apa yang berlaku hari ini adalah ada segelintir yang menjadi manusia lupa diri dan mengkritik Presiden UMNO” katanya.
“Kita tidak mahu lahirkan pemimpin dan rakyat seperti ini, kita hendak lahirkan manusia yang tahu bersyukur dan berterima kasih kepada pemimpin” katanya lagi ketika menyokong usul agama dan pendidikan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2016.
-pru14,tv-
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini