Veteran DAP itu berkata pemimpin dalam parti komponen Barisan Nasional perlu mengadakan mesyuarat tergempar untuk mencapai persetujuan.
PETALING JAYA: Veteran DAP Lim Kit Siang mencadangkan “Formula Pensiangan” untuk menangani “kebuntuan politik dan perlembagaan” yang tercetus daripada cadangan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah).
Dalam satu kenyataan, ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata idea “Formula Pensiangan” tercetus ketika melawat Pensiangan, Sabah baru-baru ini, berikutan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan rang undang-undang (RUU) persendirian untuk meminda akta itu akan membolehkan kerajaan memintas proses perlembagaan.
Proses itu termasuk memperoleh persetujuan semua kerajaan negeri, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam dan Majlis Raja-raja.
Ramai termasuk pemimpin Barisan Nasional (BN) yang melihat kenyataan itu sebagai konspirasi politik.
Lim berkata “Formula Pensiangan” akan memerlukan pemimpin dan menteri daripada 13 parti komponen BN yang lain mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi BN dan Kebinet untuk mencapai 2 persetujuan.
Lim berkata persetujuan pertama ialah kerajaan tidak mengambil alih RUU pindaan itu.
Awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno berkata kerajaan akan mengambil alih RUU itu yang dijadualkan untuk bacaan kedua pada sesi persidangan Parlimen pada Mac depan.
“Kedua, semua parti dalam Jawatankuasa Pemilih Parlimen perlu mengkaji dan membuat cadangan bagaimana untuk mengukuhkan hubungan antara agama di Malaysia berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Rukunegara,” katanya.
Beliau berkata jawatankuasa itu perlu mengkaji semua cadangan berkaitan dengan agama, termasuk RUU yang dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Tetapi adakah menteri pemimpin kepada 13 lagi parti komponen BN yang lain ada keberanian untuk menegakkan prinsip politik bagi memanggil mesyuarat tergempar itu,” katanya.
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
lagi info di : Gosip Artis Terkini