Get $25 free
loading...

Keunikan Teh Tarik Madu Cetus Fenomena Di PAU 2016

GERAI teh tarik madu lebah asli merupakan antara tarikan yang dihidangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2016, PWTC. Teh tarik tersebut dilihat mampu memecah dominasi kedai-kedai mamak yang selama ini cukup sinonim dengan teh tarik yang menjadi ‘kegilaan” ramai.

Minuman tersebut merupakan keluaran Warung Pak Mat Teh Tarik Madu yang telah mendapat sambutan menggalakkan sejak beberapa tahun lalu daripada pengunjung di Kelantan. Ia terletak di kampung Kedai Buloh yang berdekatan dengan Medan Ikan Bakar Pantai Cahaya Bulan (PCB).

Selain daripada dalam bentuk minuman, teh tarik madu turut disediakan dalam bentuk ais krim yang amat unik rasanya.

Teh Tarik Madu menjadi tarikan kerana berbeza daripada teh tarik yang lain. Ia menggunakan tepung susu dicampur dengan sedikit madu yang menghasilkan buih. Teh tarik madu lebah berharga RM 10.00 segelas besar.

Campuran teh ais dan madu lebah asli dengan buih yang melimpah keluar daripada gelas memberikan rasa yang sangat enak. Tambahan pula, rasanya yang kaya dengan kemanisan tersendiri menjadikan rasa teh tarik madu lain daripada yang lain.

teh-1 teh-2 teh-3 teh-4 teh-5

Comments

Share This:



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...