Hari ini, Perhimpunan Agung UMNO telah masuk hari ketiga. Perbahasan dari wakil Perak, Dato’ Haji Mohd Dzulkifli Bin Haji Harun memperingatkan UMNO supaya tidak memandang remeh budaya politik melampau pembangkang yang diketuai DAP.
Beliau yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput itu menyatakan bahawa, DAP adalah parti yang penyebar kebencian kepada rakyat sekali gus menimbulkan kemarahan masyarakat kepada kerajaan ditunjangi UMNO.
Jelasnya, pengalaman UMNO di Perak dalam berdepan dominasi DAP dalam pakatan pembangkang menyerlahkan rupa wajah DAP sebenar politik keterlaluan parti itu menyebar kebencian kepada rakyat.
“Jangan kita memandang enteng serta meremehkan gerakan politik keterlaluan puak pembangkang dipimpin DAP” katanya.
“Saban masa mereka menaburkan kekeliruan dan menyemai kebencian bagi menimbulkan kemarahan rakyat kepada kerajaan” katanya lagi.
Menurut beliau, UMNO perlu bermuhasabah dengan budaya politik DAP dan tidak terikut-ikut dengan rentak tari mereka sehingga lalai membela ahli parti dan rakyat.
Sementara itu, beliau juga menyatakan kaedah 3P yang dijalankan sebelum ini telah berjaya menambat hati rakyat. Jelasnya, semua wakil rakyat harus turun padang, menyelami hati rakyat dan memberi jalan penyelesaian untuk setiap masalah yang berlaku.
Pada masa yang sama, belia mengatakan bahawa kami dari peringkat akar umbi sentiasa bersiap sedia untuk bertempur. Komitmen dituntut setiap masa. Janganlah hendaknya dari mana-mana peringkat membuat angkara yang mungkin merencatkan keyakinan rakyat kepada kita.
Tambahnya lagi, belajarlah daripada sejarah kejatuhan satu ketamadunan dengan tindakan rakyat yang bersengketa dek kerana kepimpinan yang semakin hambar. Cabaran yang ada dihadapan menuntut kita menjadi istikamah, tetap pendirian dan berkeyakinan.
Ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak semalam antara lain menyentuh amalan prinsip wala’ dan kesetiaan dalam tradisi UMNO selain membakar semangat anggota parti untuk bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 tidak lama lagi.
-pru14.tv-
Comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini